Assalamualaikum.
Ammar is totally diaper-free!
Ammar in Jinbei, a casual version of yukata, during his youchien's bon odori |
Ammar is my second son, and he's turning 4 in January. Sebab dia dah yang kedua dan we had experience from toilet training amsyar two years ago, so we kinda know what to do. Masa amsyar, beria la gigih cari tips tu tips ni nak toilet train ni.......... but after toilet training two boys, I can safely say this
NOT ALL TIPS CAN BE APPLIED TO OUR KIDS.
Aku bagi contoh la ek, ni tips toilet train yang aku dapat kat facebook. and my verdict.
10 Tips Potty Training hanya seminggu
1. Jangan marah anak kalau dia terkencing/terberak dalam seluar.
My verdict : hari pertama - ketiga, boleh lah tak marah. Cakap baik2, puji bila berjaya kencing dalam toilet. Masuk hari keempat, dia dah tahap sengaja tahan kencing sebab dia sibuk nak main, pastu terkencing sikit dalam seluar, pastu berlari masuk bilik air. Seluar dah selamat kena kencing 😑 kau rasa macam mana aku taknak ngamuk? Memang aku marah lah.... takde la pukul, tapi aku amek simpan mainan yang dia tengah main tu, esok baru bagi. Kalau dia terkencing pagi nasib lah dia 24 jam tak dapat mainan tu...... kalau tengah tengok tv, aku tutup tv satu hari. Tapi dalam pada mendenda tu kau kena bgtau banyak kali kenapa kau buat macam tu. Tanya dia, kenapa mummy simpan mainan? Kenapa mummy tutup tv? Sampai dia faham.
2. Belikan underwear/spender cantik2 ada kartun untuk galakkan anak.
My verdict: berkesan 👍 sampai tahap dia leka main pastu tahan kencing macam aku cakap tadi. Aku selalu kata jangan kencing dalam seluar, nanti spiderman basah pastu bau busuk, kesian dia. Masa amsyar dulu dia siap nangis bila terkencing dalam seluar, sebab spiderman dia dah basah 😆 tapi sekejap je la perasaan sedih tu hahaha
3. Jika anak tak fasih bercakap, akan jadi lambat skit.
My verdict : yes and no. Yes, sebab anak2 perlu bersedia sebenarnya untuk potty train ni. And no, dia tak perlu fasih pun. Cukup dia faham kencing, berak, toilet.
4. Untuk working parents, cuba amek cuti seminggu.
My verdict : aku slalu potty train masa cuti sekolah so aku sentiasa ada kat rumah, tapi nak potty train ni, mesti kena berterusan. Boleh je kalau kau tak cuti tapi kena kawtim dengan pengasuh/nursery. Kau kena train straight jangan bagi pakai diaper, termasuk lah waktu malam. Once dh off, off terus. Bila kau selang selang lagi la payah nak mula balik. Masa aku train amsyar, kitorang start on monday, jumaat tu nak balik kampung. Aku kata kat KF, betul ke ni? Kalau terkencing dalam kereta macam mana? KF kata takpe kita tawakkal. Alhamdulillah ok, berhenti dkt RnR (balik kampung dua jam je pun dalam kereta), lepas tol berhenti lagi. Dia tak cakap nak kencing pun kau paksa jugak dia turun pergi kencing. Jangan pulak kau belasah dua jam dalam kereta tak berhenti pastu bila dia cakap nak terkencing kau marah sebab RnR jauh lagi. Itu kau yang patut kena rotan.
5. Start hari Isnin
My verdict : betul 👍 nak bagi senang kira, dan ala2 macam starting a new phase in his life gitu.
6. Selepas minum susu, bawak pergi toilet untuk kencing selepas 15 - 20 minit.
My verdict : sila gigih ya mak2 bapak2 sekalian. Ni kena buat. Sampai sekarang amsyar dan ammar dah agak succesful pun mummy ni asyik berleter suruh kencing lepas minum air.
7. Hantar anak pergi kencing setiap 15min. Lepas tu panjangkan sikit 20 min. 30 min.
My verdict : betul. Paksa kencing. Kalau pun dia tak kencing, cebuk je macam biasa. Rajin skit mak ye.
8. Bawa anak pergi toilet sebelum tido.
My verdict : ini WAJIB okay.... sebab dia dah kencing pun belum tentu dia takkan kencing atas tilam.
9. Bangunkan anak tengah malam untuk kencing, 2 kali.
My verdict : ni aku tak buat hahaha... malas aku nak kacau diorang tido. Confirm mengamuk menangis pastu aku pun sama nak mengamuk. So aku akan suruh diorang kencing sebelum tido. Jangan bagi minum air setengah jam sebelum tido. Dan yang paling penting - WATERPROOF BEDSHEET. Sila beli.
10. S.A.B.A.R
My verdict : beli banyak2 buat stok ok. You'll need it. hahahah
My additional tips - yang ni strictly untuk anak2 aku ye.. korang boleh la try tapi aku tak guarantee la result akan sama, sebab budak2 ni bukan sama semuanya kan. Tapi aku dah try kat anak aku dua orang, so far alhamdulillah la.
11. Jangan mengelat. Once dah off diaper, jangan pakai kan balik. Terus je off siang malam pergi jalan ke mana2 ke. Sebab bila kau dah pakaikan diaper balik, nanti lagi payah kau nak buang. Memang payah laaa... aku tiga hari pertama hari2 jemur tilam oi.. pastu baru sedar kewujudan waterproof bedsheet hahaha... seluar jangan cakap la, aku siap pg mydin beli seluar murah2 tu dalam 10 helai sebab cepat gila seluar habis, asyik terkencing dalam seluar je. Tapi bila kau totaaly off mcm tu, dia lagi cepat belajar. Plus anak2 aku semua kategori penggeli, taknak seluar basah, taknak tilam basah. So bila dia dh terbasah tu dia dah tak buat dah sebab dia geli hahahah
12. Make sure anak betul2 ready. Tak semestinya by ready tu umur dia dah banyak. Tapi maybe kau boleh ajar awal2, setiap kali nak kencing dan berak kau bawak pg toilet walaupun dalam diaper. So dia faham yang nak nak membuang kena pergi toilet. Mula seawal mungkin. Bila dah betul2 ready baru nak take off diaper completely.
13. Mak bapak laaaaaa yang paling penting kena ready hahahahahaha........ sabar kena banyak oi, tenaga pun kena banyak, selain standby sabar, kau kena jugak lipat segala karpet yang ada untuk mengurangkan benda2 nak dibasuh (sebab tu aku train masa summer, masa winter aje cari pasal nak lipat karpet, tak pijak lantai laaa anak2 aku hahahah), dan standby jugak mop dan baldi paling canggih dan senang bcz youre gonna need it!
Sekian tips dari mak anak tiga hahaha dua dah lepas, tinggal satu lagi, tunggu summer depan lah! See you later alligator!
No comments:
Post a Comment