Monday 21 August 2017

Of Kids: Toilet Training Tips (Not!)

Assalamualaikum.


Ammar is totally diaper-free!

Ammar in Jinbei, a casual version of yukata, during his youchien's bon odori

Ammar is my second son, and he's turning 4 in January. Sebab dia dah yang kedua dan we had experience from toilet training amsyar two years ago, so we kinda know what to do. Masa amsyar, beria la gigih cari tips tu tips ni nak toilet train ni.......... but after toilet training two boys, I can safely say this 

NOT ALL TIPS CAN BE APPLIED TO OUR KIDS.

Aku bagi contoh la ek, ni tips toilet train yang aku dapat kat facebook. and my verdict.

10 Tips Potty Training hanya seminggu

1. Jangan marah anak kalau dia terkencing/terberak dalam seluar.

My verdict : hari pertama - ketiga, boleh lah tak marah. Cakap baik2, puji bila berjaya kencing dalam toilet. Masuk hari keempat, dia dah tahap sengaja tahan kencing sebab dia sibuk nak main, pastu terkencing sikit dalam seluar, pastu berlari masuk bilik air. Seluar dah selamat kena kencing πŸ˜‘ kau rasa macam mana aku taknak ngamuk? Memang aku marah lah.... takde la pukul, tapi aku amek simpan mainan yang dia tengah main tu, esok baru bagi. Kalau dia terkencing pagi nasib lah dia 24 jam tak dapat mainan tu...... kalau tengah tengok tv, aku tutup tv satu hari. Tapi dalam pada  mendenda tu kau kena bgtau banyak kali kenapa kau buat macam tu. Tanya dia, kenapa mummy simpan mainan? Kenapa mummy tutup tv? Sampai dia faham.

2. Belikan underwear/spender cantik2 ada kartun untuk galakkan anak.

My verdict: berkesan πŸ‘ sampai tahap dia leka main pastu tahan kencing macam aku cakap tadi. Aku selalu kata jangan kencing dalam seluar, nanti spiderman basah pastu bau busuk, kesian dia. Masa amsyar dulu dia siap nangis bila terkencing dalam seluar, sebab spiderman dia dah basah πŸ˜† tapi sekejap je la perasaan sedih tu hahaha

3. Jika anak tak fasih bercakap, akan jadi lambat skit.

My verdict : yes and no. Yes, sebab anak2 perlu bersedia sebenarnya untuk potty train ni. And no, dia tak perlu fasih pun. Cukup dia faham kencing, berak, toilet. 

4. Untuk working parents, cuba amek cuti seminggu.

My verdict : aku slalu potty train masa cuti sekolah so aku sentiasa ada kat rumah, tapi nak potty train ni, mesti kena berterusan. Boleh je kalau kau tak cuti tapi kena kawtim dengan pengasuh/nursery. Kau kena train straight jangan bagi pakai diaper, termasuk lah waktu malam. Once dh off, off terus. Bila kau selang selang lagi la payah nak mula balik. Masa aku train amsyar, kitorang start on monday, jumaat tu nak balik kampung. Aku kata kat KF, betul ke ni? Kalau terkencing dalam kereta macam mana? KF kata takpe kita tawakkal. Alhamdulillah ok, berhenti dkt RnR (balik kampung dua jam je pun dalam kereta), lepas tol berhenti lagi. Dia tak cakap nak kencing pun kau paksa jugak dia turun pergi kencing. Jangan pulak kau belasah dua jam dalam kereta tak berhenti pastu bila dia cakap nak terkencing kau marah sebab RnR jauh lagi. Itu kau yang patut kena rotan.

5. Start hari Isnin

My verdict : betul πŸ‘ nak bagi senang kira, dan ala2 macam starting a new phase in his life gitu.

6. Selepas minum susu, bawak pergi toilet untuk kencing selepas 15 - 20 minit.

My verdict : sila gigih ya mak2 bapak2 sekalian. Ni kena buat. Sampai sekarang amsyar dan ammar dah agak succesful pun mummy ni asyik berleter suruh kencing lepas minum air.

7. Hantar anak pergi kencing setiap 15min. Lepas tu panjangkan sikit 20 min. 30 min.

My verdict : betul. Paksa kencing. Kalau pun dia tak kencing, cebuk je macam biasa. Rajin skit mak ye.

8. Bawa anak pergi toilet sebelum tido.

My verdict : ini WAJIB okay.... sebab dia dah kencing pun belum tentu dia takkan kencing atas tilam.

9. Bangunkan anak tengah malam untuk kencing, 2 kali.

My verdict : ni aku tak buat hahaha... malas aku nak kacau diorang tido. Confirm mengamuk menangis pastu aku pun sama nak mengamuk. So aku akan suruh diorang kencing sebelum tido. Jangan bagi minum air setengah jam sebelum tido. Dan yang paling penting - WATERPROOF BEDSHEET. Sila beli. 

10. S.A.B.A.R

My verdict : beli banyak2 buat stok ok. You'll need it. hahahah



My additional tips - yang ni strictly untuk anak2 aku ye.. korang boleh la try tapi aku tak guarantee la result akan sama, sebab budak2 ni bukan sama semuanya kan. Tapi aku dah try kat anak aku dua orang, so far alhamdulillah la.

11. Jangan mengelat. Once dah off diaper, jangan pakai kan balik. Terus je off siang malam pergi jalan ke mana2 ke. Sebab bila kau dah pakaikan diaper balik, nanti lagi payah kau nak buang. Memang payah laaa... aku tiga hari pertama hari2 jemur tilam oi.. pastu baru sedar kewujudan waterproof bedsheet hahaha... seluar jangan cakap la, aku siap pg mydin beli seluar murah2 tu dalam 10 helai sebab cepat gila seluar habis, asyik terkencing dalam seluar je. Tapi bila kau totaaly off mcm tu, dia lagi cepat belajar. Plus anak2 aku semua kategori penggeli, taknak seluar basah, taknak tilam basah. So bila dia dh terbasah tu dia dah tak buat dah sebab dia geli hahahah

12. Make sure anak betul2 ready. Tak semestinya by ready tu umur dia dah banyak. Tapi maybe kau boleh ajar awal2, setiap kali nak kencing dan berak kau bawak pg toilet walaupun dalam diaper. So dia faham yang nak nak membuang kena pergi toilet. Mula seawal mungkin. Bila dah betul2 ready baru nak take off diaper completely.

13. Mak bapak laaaaaa yang paling penting kena ready hahahahahaha........ sabar kena banyak oi, tenaga pun kena banyak, selain standby sabar, kau kena jugak lipat segala karpet yang ada untuk mengurangkan benda2 nak dibasuh (sebab tu aku train masa summer, masa winter aje cari pasal nak lipat karpet, tak pijak lantai laaa anak2 aku hahahah), dan standby jugak mop dan baldi paling canggih dan senang bcz youre gonna need it!


Sekian tips dari mak anak tiga hahaha dua dah lepas, tinggal satu lagi, tunggu summer depan lah! See you later alligator!







Friday 4 August 2017

Of Kids: Makan Memilih, Tolong!

Assalamualaikum.

Baru dua minggu 倏休み (Natsu Yasumi - Summer Holiday) dan aku dah tak sabar nak budak2 ni masuk sekolah balik! hahahahaha #makjenisapa

Bukan apaaaaaa...... tak larat nak masak macam2 benda dalam satu hari... my kids are the typical picky eaters, dan ada tiga tekak maksudnya tiga jenis dishes yang berbeza. Penat! Lepas tu paling sakit hati bila, kita dah penat2 masak ikut tekak masing2 (maksudnya empat lauk berbeza termasuk untuk daddy dia), tetiba dengan takde rasa bersalahnya diorang announce

"taknak makan nasi, nak roti dengan nutella" 
πŸ˜“πŸ˜‘

Masalahnya, kalau pergi sekolah tu, aku bawakkan bento sama je pun hari2... tapi makan je sampai habis. Siap makan lagi kalau aku letak strawberry ke apple slices ke. Kat rumah haraaammmm nak makan sayur buah segala. Tapi kat rumah, kalau hari ni dah nasi dengan ayam goreng, kau janganlah repeat balik lauk yang sama esoknya walaupun hari ni makan banyak gila bertambah2. Confirm tak laku! Takkan aku nak bagi makan roti dengan nutella hari2 kan? Itupun aku dah tahan2 KF drp beli roti hari2. Kat sini roti satu pek ada lapan keping je, budak2 ni sekali hadap habis dah. Seminggu sekali je beli roti, Kalau diorang nampak je ada roti kat rumah, confirmlah taknak makan nasi!


Bento pergi youchien

Jadi aku dengan KF dan buatlah satu strategi ni... makan cuma waktu makan, dan makan apa yang ada. Kalau taknak makan, sukahati, dipersilakan lah lapar sampai waktu makan yang seterusnya. Tapi aku buat makan empat kali sehari lah, breakfast, lunch, tea, dinner. 


Nan hadooooooo! Aku ingatlah mampu nak bertahan kalau diorang taknak makan.....rupanya bila taknak makan diorang berzikir pulak kat telinga aku, amsyar nak makan apa ni, ammar lapar, ulang sampai boring. Hari pertama kedua mampu la aku nak bertahan, hari ketiga aku dah kesian, sebab bila aku biarkan, diorang memang tak makan apa2 wey! Hadudududududu.... hari keempat aku masak nasi lemak dgn ayam goreng, empat pot tak cukup! Hari kelima aku masaklah ayam goreng lagi, tapi nasi putih biasa jelaa... langsung taknak. Stress aku!

Pagi tadi bangun2 je mintak karipap.... kau ingat karipap tu lima minit siap kee nak oiiii... semalam aku buat donut dua puluh biji, habis oi tinggal empat biji dalam peti aku tak goreng lagi. Hari ni takleh donut dah, diorang dah boring, kalau aku goreng jugak confirm makan secubit pastu sepah. Pastu aku yang nak mengamuk aihh

Hari ni masak nasi dengan sup ayam, pastu taknak makan, mintak makaroni.. aku dah buatkan makaroni, dia makan dua ketul je pastu kenyang. Lima minit pastu sibuk lapar lapar hoiihhhhhhh marah ni marah maaaakk

Macam mana nak buat anak redhooooooooo je menerima makan apa adanya wey....aku tak kisah pun diorang taknak makan sayur, makan nasi hari2 dengan apa lauk pun aku dah bahagia daaaahhhhhh.... dah la kat sini takleh nak beli, kalau boleh beli kuih2 tepi jalan tu lain lah ceritanya!


Kbai mak nak bertukar hijau sambil pegang rotan.



Tuesday 23 May 2017

Of Life: Living in Japan - Expectation vs Reality.

Assalamualaikum.

Berbulan tak update blog, terus dah jadi japan resident kau ye.

We've been here since October 2016, and this month marks the 8th month we've been living here. If I have time and mood, im gonna write all about that in backdated entries, but please dont put your hopes high. Im getting more malas and malas each day, despite not having anything to do at home!

1. Our first expectation - jepun ni bersih sungguh! Bersih tahap kau malu nak buang sampah merata. Public garbage bins, if there are any, are categorized into specific categories - plastik, tutup botol (yes they have their own place), kertas, food waste etc, and the're all written in Japanese so we had some troubles figuring it out. The solution? Simpan sampah dalam beg, buang sampah kat rumah! Nak buang sampah pun guna duit ya... plastik sampah kena beli, bergantung pada size, tapi slalu aku beli yang paling besar tu 10 keping ¥400 (RM16), bole la tahan sebulan... Itu untuk food waste. Belum plastik sampah untuk plastik & bungkusan, sebab kat sini kena asingkan sampah dan sampah pun diambil berbeza mengikut hari.. nantila kalau rajin aku buat satu entry untuk pengurusan sampah kat jepun ni.

2. Japan is expensive. Like REAAAALLYYY expensive. Back in Malaysia, duit belanja dapur sebulan lebih kurang RM500, here the same amount, about  ¥12500 can only last for a week. Expenses sebulan lebih kurang ¥200,000, itu dah habes jimat dan tak pergi berjalan mana2. That's roughly RM8000 di Malaysia! .Kalau beli gedegang, air mineral sama harga dengan coke okayy πŸ˜† Memang duit biasiswa lebih dari cukup, tapi tolak savings dan emergency fund, memang cukup2lah. Sini kita memang simpan emergency cash in hand, quite a big amount jugak, in case ada natural disaster (earthquakes, tsunami, typhoon etc), sometimes boleh blackout and there will be no ATM services or internet kalau nak beli tiket balik Malaysia. 

Antara kos yang mahal kat sini adalah pemilikan kenderaan. Parking memang berbayar, especially kalau kau duduk apartment atau rumah sewa yang tak sediakan parking. Mahal ya... boleh cecah sehingga ¥5000 sebulan (RM200), bergantung pada tempat. Some places can go even higher! Lepas tu kita ada shaken θ»Šζ€œ (pronounced SHA - KEN), lebih kurang PUSPAKOM la kat Malaysia. Bezanya kat Malaysia, kita pergi puspakom bila beli kereta second (please correct me if im mistaken), tapi kat sini, vehicle inspection ni kita buat dua tahun sekali, takde shaken kereta takleh jalan ye... kosnya sekali buat tu lebih kurang ¥100,000. Lepas tu kita ada road tax setahun sekali, bergantung pada jenis kenderaan, our car I think around ¥50,000. Lepas tu kita ada insurance, I think around ¥70,000, nanti I'll check the amount dengan husband. Kereta memang lah murah, contohnya Toyota Vellfire baru, yang eight seater, rasanya lebih kurang ¥3,000,000 (RM120,000). Kat Malaysia rasanya RM300,000 lebih kan? Tapi nak maintain kereta tu................ menangisssssssssss

3. Nk tau kenapa orang jepun kurus2 cantik2? Selain daripada diorang banyak jalan kaki (setakat 4, 5km sehari tu biasa untuk diorang), makanan diorang sangat bland. Banyak sup2, grill, sushi...paling hebat goreng pun tempura. Kalau pergi makan kat restoren jepun tu aku rasa macam nak bawak sambal kicap sendiri je drp rumah (dasar melayu sangat). Kita? Dengan kari, sambal, masak lemak....kalori bertan-tan. Jalan sikit pun komplen (aku la tu). Tapiiiiiiiii tak boleh la compare jalan kaki kat sini dengan jalan kaki kat Malaysia...sini paling panas pun 28°, tapi angin yang bertiup still sejuk, so kau tak rasa sangat lah kalau dah jalan berkilokilo pun.... cuba kat Malaysia dengan matahari tegak atas kepala, kau jalan 100m je belakang baju dah basah dengan peluh.

4. Siapa kata internet jepun laju berdesup tak pernah lagging? Itu semua sandiwara semata-mata..... sama je macam Malaysia, ada hari2 memang lah sepantas kilat. tapi ada hari2 internet Malaysia lagi laju.... stress taaaauuu, lagi2 surirumah macam aku yang internet tu je la kawan yang aku ada, nak borak dengan ojiisan bawah ni, tak pandai nihongo la puleeekkkk

5. Beranak kat jepun juga sangat laaaaaa costly... itu entry lain, since aku insya Allah akan beranak kat sini hujung tahun ni πŸ˜… so Im gonna go in detail on that.

6. Dah puas kita kutuk dia, meh kita puji pulak. Kat jepun ni, susaaaaahhhhhh sangat nak jumpa stray animals. In fact aku tak pernah jumpa stray dogs, kucing adalah itu pun aku rasa ada tuan. Tapi anjing, maaannnnnn they take care of their dogs macam jaga anak ok.... dukung pergi vet, siap ada baju, pampers (seriously please believe me), stroller (ye ada stroller anjing ok).. maybe sebab kos penjagaan anak sini memang mahal (despite ada bantuan daripada kerajaan jepun lebih kurang ¥10,000 - ¥15,000 sebulan, mengikut umur anak), diorang lagi suka jaga anjing.. kat sini kalau jumpa orang jepun ada anak lebih dua kira amazing gila.... kita lah yang heret anak ramai2 kecik2 kat sini, diorang takde nye... kalau anak ramai pun mesti gap jauh..

7. Lagi satu aku nak puji, Frontliners kat sini, service diorang superbbbbbbb. Kalau kita pergi city hall ke imigresen ke balai polis ke bank ke mana2 la yang melibatkan urusan dengan manusia, dia punya kesungguhan nak tolong kita tu walaupun diorang tak paham bahasa inggeris, tapi usaha diorang, is something that our frontliners patut contohi... bersungguh ok, walau cakap bahasa ayam itik pun... kadang2 diorang sedia dengan google translate.. ada jabatan2 yang akan ada translator, tapi tak semua... ini memang aku tabik la kat diorang ni...

8. Satu lagi, cashier diorang. Sebiji sebiji barang yang dia scan tu, dia sebut harga kat depan mata kau... kalau ada dua orang kat kaunter, sorang scan sorang masukkan barang dalam box atau plastik, sikit pun diorang tak berbincang hari ni nak makan lunch apa, semalam drama yang fattah amin berlakon tu apa ending dia, habis shift nak melawat nenek sedara jiran kat ward, macam kat supermarket supermarket kat tanah airku tu..... takde ek, TAKDE. Diorang sangat hormat dengan customer... jadinya memang susah lah kejadian nak terscan sepapan petai harga RM400 tu nak berlaku kat sini. 

Banyak lagi aku nak tulis sebenarnya, tapi si kenit ni dah bangun so sebelum dia hijack laptop ni, baiklah aku serah sendiri pada dia secara rela, demi mengelakkan drama - drama beberapa episod yang boleh menyebabkan surat warning sampai (sini takleh bising, nanti jiran report polis πŸ˜“) . Till next entry (hopefully soon), mattaaaaa nee




Monday 24 April 2017

Defenseless. 

Assalamualaikum.

Ive been thinking a lot lately....and recent event hit me hard. I suddenly realized that i rarely ever defended myself, to anyone. Defending, justifying, explaining myself, those are things i dont do. That's the major reason why i am always misunderstood, getting judged at. In front of bosses especially, even when i did nothing wrong. At first i thought i have issues with authorities, the way i was raised, we never argue with elderly out of respect, i think that trait has been embedded deep in me. And then it hits me, among peers, among colleagues, even among friends, i never actually correct any misinterpretation that they have about me. 

And i know why. Its because im a cryer. I cry at anything. I cry when im sad, i cry when im angry, i cry whem im mad, i cry when im happy. Defending myself, will end up with me crying and not saying anything. What's the point, right? I mean, its better to be misuderstood, than to appear weak, right? Plus when at work, defending myself almost always means that i have to tell tale about others, and thats another thing about me, i will never save myself at the expenses of others. 

Eventually, i'll be the one to carry the blame. And because it has been happening for a while, i just dont care anymore. I dont care what people think about me. They can say whatever they want, think whatever they want. I just do my job the best that i can, i just be the best version of me that im able to. Whatever they think its their problems, not mine. Right?

Those who matters, know me well. Those who dont know me, dont matter.

This is so random. So so random.

I guess i just miss talking adult thing with adult. Have a lot to blog about, i just dont have the mood.

Assalamualaikum.