Tuesday 23 May 2017

Of Life: Living in Japan - Expectation vs Reality.

Assalamualaikum.

Berbulan tak update blog, terus dah jadi japan resident kau ye.

We've been here since October 2016, and this month marks the 8th month we've been living here. If I have time and mood, im gonna write all about that in backdated entries, but please dont put your hopes high. Im getting more malas and malas each day, despite not having anything to do at home!

1. Our first expectation - jepun ni bersih sungguh! Bersih tahap kau malu nak buang sampah merata. Public garbage bins, if there are any, are categorized into specific categories - plastik, tutup botol (yes they have their own place), kertas, food waste etc, and the're all written in Japanese so we had some troubles figuring it out. The solution? Simpan sampah dalam beg, buang sampah kat rumah! Nak buang sampah pun guna duit ya... plastik sampah kena beli, bergantung pada size, tapi slalu aku beli yang paling besar tu 10 keping ¥400 (RM16), bole la tahan sebulan... Itu untuk food waste. Belum plastik sampah untuk plastik & bungkusan, sebab kat sini kena asingkan sampah dan sampah pun diambil berbeza mengikut hari.. nantila kalau rajin aku buat satu entry untuk pengurusan sampah kat jepun ni.

2. Japan is expensive. Like REAAAALLYYY expensive. Back in Malaysia, duit belanja dapur sebulan lebih kurang RM500, here the same amount, about  ¥12500 can only last for a week. Expenses sebulan lebih kurang ¥200,000, itu dah habes jimat dan tak pergi berjalan mana2. That's roughly RM8000 di Malaysia! .Kalau beli gedegang, air mineral sama harga dengan coke okayy 😆 Memang duit biasiswa lebih dari cukup, tapi tolak savings dan emergency fund, memang cukup2lah. Sini kita memang simpan emergency cash in hand, quite a big amount jugak, in case ada natural disaster (earthquakes, tsunami, typhoon etc), sometimes boleh blackout and there will be no ATM services or internet kalau nak beli tiket balik Malaysia. 

Antara kos yang mahal kat sini adalah pemilikan kenderaan. Parking memang berbayar, especially kalau kau duduk apartment atau rumah sewa yang tak sediakan parking. Mahal ya... boleh cecah sehingga ¥5000 sebulan (RM200), bergantung pada tempat. Some places can go even higher! Lepas tu kita ada shaken è»Šæ¤œ (pronounced SHA - KEN), lebih kurang PUSPAKOM la kat Malaysia. Bezanya kat Malaysia, kita pergi puspakom bila beli kereta second (please correct me if im mistaken), tapi kat sini, vehicle inspection ni kita buat dua tahun sekali, takde shaken kereta takleh jalan ye... kosnya sekali buat tu lebih kurang ¥100,000. Lepas tu kita ada road tax setahun sekali, bergantung pada jenis kenderaan, our car I think around ¥50,000. Lepas tu kita ada insurance, I think around ¥70,000, nanti I'll check the amount dengan husband. Kereta memang lah murah, contohnya Toyota Vellfire baru, yang eight seater, rasanya lebih kurang ¥3,000,000 (RM120,000). Kat Malaysia rasanya RM300,000 lebih kan? Tapi nak maintain kereta tu................ menangisssssssssss

3. Nk tau kenapa orang jepun kurus2 cantik2? Selain daripada diorang banyak jalan kaki (setakat 4, 5km sehari tu biasa untuk diorang), makanan diorang sangat bland. Banyak sup2, grill, sushi...paling hebat goreng pun tempura. Kalau pergi makan kat restoren jepun tu aku rasa macam nak bawak sambal kicap sendiri je drp rumah (dasar melayu sangat). Kita? Dengan kari, sambal, masak lemak....kalori bertan-tan. Jalan sikit pun komplen (aku la tu). Tapiiiiiiiii tak boleh la compare jalan kaki kat sini dengan jalan kaki kat Malaysia...sini paling panas pun 28°, tapi angin yang bertiup still sejuk, so kau tak rasa sangat lah kalau dah jalan berkilokilo pun.... cuba kat Malaysia dengan matahari tegak atas kepala, kau jalan 100m je belakang baju dah basah dengan peluh.

4. Siapa kata internet jepun laju berdesup tak pernah lagging? Itu semua sandiwara semata-mata..... sama je macam Malaysia, ada hari2 memang lah sepantas kilat. tapi ada hari2 internet Malaysia lagi laju.... stress taaaauuu, lagi2 surirumah macam aku yang internet tu je la kawan yang aku ada, nak borak dengan ojiisan bawah ni, tak pandai nihongo la puleeekkkk

5. Beranak kat jepun juga sangat laaaaaa costly... itu entry lain, since aku insya Allah akan beranak kat sini hujung tahun ni 😅 so Im gonna go in detail on that.

6. Dah puas kita kutuk dia, meh kita puji pulak. Kat jepun ni, susaaaaahhhhhh sangat nak jumpa stray animals. In fact aku tak pernah jumpa stray dogs, kucing adalah itu pun aku rasa ada tuan. Tapi anjing, maaannnnnn they take care of their dogs macam jaga anak ok.... dukung pergi vet, siap ada baju, pampers (seriously please believe me), stroller (ye ada stroller anjing ok).. maybe sebab kos penjagaan anak sini memang mahal (despite ada bantuan daripada kerajaan jepun lebih kurang ¥10,000 - ¥15,000 sebulan, mengikut umur anak), diorang lagi suka jaga anjing.. kat sini kalau jumpa orang jepun ada anak lebih dua kira amazing gila.... kita lah yang heret anak ramai2 kecik2 kat sini, diorang takde nye... kalau anak ramai pun mesti gap jauh..

7. Lagi satu aku nak puji, Frontliners kat sini, service diorang superbbbbbbb. Kalau kita pergi city hall ke imigresen ke balai polis ke bank ke mana2 la yang melibatkan urusan dengan manusia, dia punya kesungguhan nak tolong kita tu walaupun diorang tak paham bahasa inggeris, tapi usaha diorang, is something that our frontliners patut contohi... bersungguh ok, walau cakap bahasa ayam itik pun... kadang2 diorang sedia dengan google translate.. ada jabatan2 yang akan ada translator, tapi tak semua... ini memang aku tabik la kat diorang ni...

8. Satu lagi, cashier diorang. Sebiji sebiji barang yang dia scan tu, dia sebut harga kat depan mata kau... kalau ada dua orang kat kaunter, sorang scan sorang masukkan barang dalam box atau plastik, sikit pun diorang tak berbincang hari ni nak makan lunch apa, semalam drama yang fattah amin berlakon tu apa ending dia, habis shift nak melawat nenek sedara jiran kat ward, macam kat supermarket supermarket kat tanah airku tu..... takde ek, TAKDE. Diorang sangat hormat dengan customer... jadinya memang susah lah kejadian nak terscan sepapan petai harga RM400 tu nak berlaku kat sini. 

Banyak lagi aku nak tulis sebenarnya, tapi si kenit ni dah bangun so sebelum dia hijack laptop ni, baiklah aku serah sendiri pada dia secara rela, demi mengelakkan drama - drama beberapa episod yang boleh menyebabkan surat warning sampai (sini takleh bising, nanti jiran report polis 😓) . Till next entry (hopefully soon), mattaaaaa nee